December 25, 2012

Kebaikan setiap kebaikan

                      akusujud.com@sedekah
Setiap kebaikan pasti akan digantikan dengan kebaikan. Dan setiap kejahatan diberikan dengan apa yang telah setimpal dengannya. 

Firman Allah S.W.T:
"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8]   

Sepertimana yang telah ditunjukkan oleeh Allah s.w.t dalam ayat Al-Zalzalah walau kecil mana pun kebaikan yang kita lakukan seperti membuang ranting di pertengahan jalan. Mengutip sampah yang bertaburan di sekitar tong sampah ataupun memberi kucing liar makan, akan tetap diberikan ganjaran dan setiap ganjaran ini tidak semestinya akan dibalas di dunia sahaja, malahan ganjaran ini mungkin diberikan semasa di akhirat kelak. 

Teringat ku di kala persekolahan mendengar

Read More

Cinta Kerana Allah

Dalam hati dia menyimpan beribu semangat untuk berubah..dia sentiasa mengingati Allah,sentiasa takut akan azabNya,sentiasa taat akan perintahNya,sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya,perempuan yang dijaga oleh Allah s.w.t pasti tidak akan membenarkan mana-mana lelaki yang bukan muhrim menyentuh tubuhnya..yaAllah..

Tetapi,apabila dia merasa dirinya cukup sempurna dengan hidayah dari Allah, Allah memberi ujian pada dirinya..Allah menghadirkan dirinya dengan seorang jejaka yang menuntut batas cinta. Dengan kehadiran jejaka itu dia mula berasa mewah dengan kata-kata pujian,dengan gurindam rindu serta madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah dirasai dari lubuk hati nya..

Dia percaya akan cinta dari Allah,atas dasar itu dia mulai mesra dengan jejaka itu..tetapi dia lupa itu bukan cara sebenar cinta dari Allah..Hatinya sudah tidak seperti dahulu..Didalam hatinya hanya ada perasaan rindu yang melimpah ruah terhadap si jejaka..segala nafsu telah menghantui dirinya..dia sudah leka dengan kehadiran jejaka itu..dia langsung tidak sedar bahawa Allah semakin menjauhi dirinya..segala iman dalam dada sudah pudar dengan kata-kata cinta si jejaka..

Dia sudah menyimpang jauh dari dirinya yang sebenar..imannya rapuh,syaitan menari-nari kegembiraan tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu kata pujangga dari si jejaka..Tubuh yang sepatutnya dijaga hanya untuk suaminya telah dicemari sebelum dihadiahkan kepada suaminya...

Adakah dia tidak takut akan dosa??..ya,dia sedar tetapi hanya sekejap mata..Rasa sayangnya terhadap jejaka sudah melebihi segalanya..Namun,walaupun dia amat menyayangi jejaka itu tetapi dia masih lagi solat,dia tidak tinggal tangungjawabnya..namun dia tidak tahu adakah solatnya itu diterima oleh Allah..mungkin solatnya itu masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia..

Alhamdulillah..Allah menurunkan hidayah pada dirinya dan si jejaka..disaat kemelut cinta ini mereka sedar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa mereka..mereka sentiasa memberi peringatan diantara satu sama lain agak tidak mudah goyang dengan hasutan syaitan..tetapi dalam hatinya ada perasaan takut dan bimbang kerana adakah si jejaka akan menjadi miliknya??

''yaAllah jika dia benar milikku tempatkanlah hatinya dengan hatiku dan jika dia bukan milikku damaikanlah hatinya dengan ketentuanmu..yaAllah...''

Disaat ini dia hanya mampu berdoa,beristighfar dan beserah kepada Allah agar ada jodoh diantara mereka serta mereka tidak boleh alpa dengan kehidupan mereka..mereka perlu sentiasa mndekatkan diri bersama Allah dan meningkatkan amalan yang mulia disisi Allah serta meninggalkan segala perkara kemungkaran..amin...

''yaAllah ampunilah dosa-dosaku serta kuatkan iman dalam diriku dan terangilah hati ku dengan cahaya keimanan mu..yaAllah..''Amin...

Amalkan Ayat Seribu Dinar & Penghulu Istighfar :


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Penghulu Istighfar :
                                    

''Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau''

Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari) 




Read More

December 23, 2012

Satu Dosa Satu Titik Hitam

Setiap kali kita membuat dosa, setiap kali itulah satu titik hitam hinggap diatas hati kita. Semakin banyak dosa yang kita lakukan semakin hitam lah hati. Kita tidak tidak akan sedar namun secara perlahan-lahan diri kita semakin jauh dengan Allah s.w.t. Perkara yang perlu kita lakukan untuk membuat kebaikan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah S.w.t. Akan tetapi jika kita semakin jauh dengan Allah s.w.t, kebaikan yang kita lakukan semakin pudar dan menurun dari hari ke hari. 
 
Sampai di satu ketika, baru lah kita sedar dimanalah salah yang telah kita lakukan. Setiap hati kita semakin riak, tidak ikhlas ketika membuat kebaikan, sentiasa merasakan diri patut menerima lebih dari orang lain, sentiasa berfikiran negatif dan banyak lagi. Semua ini adalah penyakit hati dan setiap penyakit ada penawarnya dan penawar kepada penyakit hati adalah mendekatkan diri kepada Allah S.w.t. 

Cuba satu ketika hindarkan diri kita dari dunia yang seketika ini dan cubalah untuk membuat temujanji dengan Allah s.w.t. Nescaya perkara yang dicari selama ini pasti akan ditemui. 

Dosa

Maksudnya: “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya.”

HR At-Tirmidzi no. 3334, Ibnu Majah no. 4244, Ibnu Hibban (7/27) dan Ahmad (2/297). At Tirmidzi mengatakan bahwa hadis ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan.)

credit: Adib, Sitik, Omata, Abu Basyer.

Read More

December 21, 2012

Aku Bersujud



Akusujud1



Tidak beriman seorang itu selagi dia belum diuji. Sungguh berat ujian yang ku terima. Sesungguhnya aku menerimanya Ya Allah. Aku mengetahui bahawa dosaku sungguh banyak tidak terhitung. ku juga mengetahui bahawa engkau tidak akan membebani aku dengan perkara yang tidak dapat ku lakukan Ya Allah. Aku menerima dengan redha, aku menerima dengan hati yang terbuka dan sesungguhnya aku berharap belas daripadamu supaya dapat membuka pintu hatiku kepadamu Ya Allah. Aku insan yang hina disisimu. Tanpa mu disisi aku, aku hanyalah seorang yang hilang haluan Ya Allah. Pandulah aku ke jalanmu Ya Allah. Aku bertaubat kepadamu Ya Allah Ya Rabb.


Al Baqarah Ayat 286
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Menitis air mataku membaca penjelasan mu dalam Quran Ya Rabb. Sesungguhnya ampunilah daku dan bukakanlah pintu hatiku untuk menerimamu Ya Allah. Amin Amin Ya Rabbalamin.

Read More

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates