December 25, 2012

Kebaikan setiap kebaikan

                      akusujud.com@sedekah
Setiap kebaikan pasti akan digantikan dengan kebaikan. Dan setiap kejahatan diberikan dengan apa yang telah setimpal dengannya. 

Firman Allah S.W.T:
"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8]   

Sepertimana yang telah ditunjukkan oleeh Allah s.w.t dalam ayat Al-Zalzalah walau kecil mana pun kebaikan yang kita lakukan seperti membuang ranting di pertengahan jalan. Mengutip sampah yang bertaburan di sekitar tong sampah ataupun memberi kucing liar makan, akan tetap diberikan ganjaran dan setiap ganjaran ini tidak semestinya akan dibalas di dunia sahaja, malahan ganjaran ini mungkin diberikan semasa di akhirat kelak. 

Teringat ku di kala persekolahan mendengar

seorang ustaz memberikan kuliah maghrib. Jangan kita putus harapan dengan  Allah s.w.t kerana setiap yang kita lakukan akan diketahui olehNya. Sebagai contoh, kita telah memohon, berdoa sampai mengalir air mata tanpa henti namun apa yang kita hajati masih lagi tidak tercapai. Namun ketahui lah, pada akhirat kelak Allah s.w.t akan sentiasa mengingati apa yang pinta kepadaNya dan menganugerahkan sesuatu yang kita lebih perlukan di sana. 



Terdapat juga hadis yang menyebut:

Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)    

Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha adil. Walau banyak manapun kebaikan dan keburukan yang kita lakukan pasti akan terdapat balasanNya. Sesungguhnya setiap manusia melakukan dosa dan setiap dosa itu akan tetap terhapus dengan berdirinya solat sunat taubat yang sebenar-bernar taubat.


credit: Anhar Opir, Ahmad, ridhwan


No comments:

Post a Comment

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates