January 1, 2013

Hati Yang Semakin Jauh


Senyum seketika ketika membaca status sahabat saya,

Ubat hati ada 5 perkara:

pertama baca Quran dan maknanya
kedua sholat malam
ketiga berkumpullah dengan orang soleh
keempat perbanyaklah berpuasa
kelima zikir malam berpanjangan

Wallahu a'lam...;-)

Semakin kita jauh dengan Allah swt, semakin kita merasakan kegelisahan yang amat di dalam. Hati kita selalu mengatakan bahawa kenapa aku gelisah, kenapa aku tidak tenteram? Cuba kita luangkan sedikit waktu untuk mengingat kembali apakah yang kita buat semalam atau minggu lepas? Allah swt sentiasa mengingatkan kita kepadaNya namun kita sahaja yang buta hati ataupun sahaja mengabaikannya.


::Semalam kita mendengar azan di radio dan tanpa rasa apa-apa kita menukar siaran,

::semalam kita lalu di hadapan TV dan ayah kita tengah menonton rancangan al-kuliyyah atau siaran ustaz don dan kita hanya lalu tanpa berhenti seketika.

::Semalam kita nampak signboard yang mengatakan sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan dan apakah tindakan kita seterusnya?

Ingatlah bahawa Allah swt sentiasa dekat dengan kita dan Semasa kamu membaca artikel ini, apakah yang kamu rasa? :)



P/s:: Mari dengar lagu Now See Heart = Cinta Agung. Sedap jugak :)


No comments:

Post a Comment

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Designed By Seo Blogger Templates