Assalamualaikum...dalam
dunia yang nyata dapat ku lihat segala keindahan,kecantikan,keunikan yang ada
di muka bumi ini,segalanya indah di padangan mata..ku tidak dapat gambarkan
sejauh mana kecantikan hiasan yang akan ku miliki..ku sentiasa berdoa agar ku
temui hiasan dunia yang sentiasa indah dan mekar dalam hidup ku..kerana ku amat
mengimpikan hidup yang bahagia bersama sebaik-baik hiasan dunia..ku sentiasa
iringi setiap kata hati ku dengan
lafaz seindah hiasan adalah wanita solehah..agar ku temui wanita solehah yang telah ditentukan oleh Nya untuk ku...amin..
lafaz seindah hiasan adalah wanita solehah..agar ku temui wanita solehah yang telah ditentukan oleh Nya untuk ku...amin..
Indahnya
Wanita
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah
S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
![]() |
| Keluarga Bahagia :-) |

vvvv.jpg)
No comments:
Post a Comment