Dalam hati dia menyimpan beribu semangat untuk berubah..dia sentiasa mengingati Allah,sentiasa takut akan azabNya,sentiasa taat akan perintahNya,sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya,perempuan yang dijaga oleh Allah s.w.t pasti tidak akan membenarkan mana-mana lelaki yang bukan muhrim menyentuh tubuhnya..yaAllah..
Tetapi,apabila dia merasa dirinya cukup sempurna dengan hidayah dari Allah, Allah memberi ujian pada dirinya..Allah menghadirkan dirinya dengan seorang jejaka yang menuntut batas cinta. Dengan kehadiran jejaka itu dia mula berasa mewah dengan kata-kata pujian,dengan gurindam rindu serta madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah dirasai dari lubuk hati nya..
Dia percaya akan cinta dari Allah,atas dasar itu dia mulai mesra dengan jejaka itu..tetapi dia lupa itu bukan cara sebenar cinta dari Allah..Hatinya sudah tidak seperti dahulu..Didalam hatinya hanya ada perasaan rindu yang melimpah ruah terhadap si jejaka..segala nafsu telah menghantui dirinya..dia sudah leka dengan kehadiran jejaka itu..dia langsung tidak sedar bahawa Allah semakin menjauhi dirinya..segala iman dalam dada sudah pudar dengan kata-kata cinta si jejaka..
Dia sudah menyimpang jauh dari dirinya yang sebenar..imannya rapuh,syaitan menari-nari kegembiraan tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu kata pujangga dari si jejaka..Tubuh yang sepatutnya dijaga hanya untuk suaminya telah dicemari sebelum dihadiahkan kepada suaminya...
Adakah dia tidak takut akan dosa??..ya,dia sedar tetapi hanya sekejap mata..Rasa sayangnya terhadap jejaka sudah melebihi segalanya..Namun,walaupun dia amat menyayangi jejaka itu tetapi dia masih lagi solat,dia tidak tinggal tangungjawabnya..namun dia tidak tahu adakah solatnya itu diterima oleh Allah..mungkin solatnya itu masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia..
Alhamdulillah..Allah menurunkan hidayah pada dirinya dan si jejaka..disaat kemelut cinta ini mereka sedar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa mereka..mereka sentiasa memberi peringatan diantara satu sama lain agak tidak mudah goyang dengan hasutan syaitan..tetapi dalam hatinya ada perasaan takut dan bimbang kerana adakah si jejaka akan menjadi miliknya??
''yaAllah jika dia benar milikku tempatkanlah hatinya dengan hatiku dan jika dia bukan milikku damaikanlah hatinya dengan ketentuanmu..yaAllah...''
Disaat ini dia hanya mampu berdoa,beristighfar dan beserah kepada Allah agar ada jodoh diantara mereka serta mereka tidak boleh alpa dengan kehidupan mereka..mereka perlu sentiasa mndekatkan diri bersama Allah dan meningkatkan amalan yang mulia disisi Allah serta meninggalkan segala perkara kemungkaran..amin...
''yaAllah ampunilah dosa-dosaku serta kuatkan iman dalam diriku dan terangilah hati ku dengan cahaya keimanan mu..yaAllah..''Amin...
Amalkan Ayat Seribu Dinar & Penghulu Istighfar :
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
Penghulu Istighfar :
''Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau''
Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)
.jpg)

No comments:
Post a Comment