Salam ukhuwah fillah..apabila kita sudah berniat ingin melaksanakan ibadah puasa pada esok hari..sedikit sebanyak dari niat tersebut sudah diberikan ganjaran pahala..apatah lagi apabila kita dapat melaksanakan ibadah tersebut dengan begitu sempurna insyaAllah ganjaran pahala yang lebih berganda akan dilimpahkan kpd kita..asalkan segala ibadah yg kita mahu lakukan mestilah niat kerana Allah taala..mari kita sama-sama renungkan fadhilat berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis..:-)
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.”
(Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)
Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas,
Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas,
bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Nabi saw bersabda,
"Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya,
setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda.
Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku.
Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

No comments:
Post a Comment